Mayat Terapung, Serpihan Dijumpai Sah Milik Pesawat QZ8501

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 3:35 PM

PILU... Salah seorang ahli keluarga mangsa ketika kelihatan sedih ketika berdoa bersama-sama di Pusat Krisis Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PANGKALUN BUN: Serpihan yang ditemui pada Selasa semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 adalah milik pesawat yang hilang, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo dan mayat terapung di perairan kawasan carian turut dijumpai.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, satu mayat ditemui di perairan di kawasan carian pada Selasa.

"Pada pukul 1.25 petang (2.25 petang waktu Malaysia)... kami mengesan terdapat objek terapung yang dipercayai merupakan mayat salah seorang penumpang," kata Soelistyo pada sidang media di Jakarta.

Tangisan di kalangan ahli keluarga mangsa menyelubungi suasana sebaik sahaja berita itu diumumkan Soelistyo.

Sementara itu, seorang jurucakap tentera laut memberitahu pemberita bahawa "pada masa ini, ia boleh disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia".

"Kita sedang memeriksa sama ada terdapat mangsa yang masih hidup," kata jurucakap itu, Manahan Simorangkir kepada TVOne.


Objek menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi SAR di lokasi pesawat QZ8501 dilaporkan terputus hubungan pada Ahad.

"Kita mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak serpihan kecil berwarna putih," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa kepada pemberita di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di kepulauan Borneo.

"Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," katanya.

Televisyen tempatan menunjukkan beliau memaparkan 10 gambar objek yang menyerupai pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk segi empat.

Menurut pegawai, pesawat dan kapal yang terlibat dalam operasi SAR sedang menuju ke kawasan berkenaan.



Ia merupakan perkembangan terbaharu selepas pihak berkuasa Indonesia memperluaskan operasi mencari pesawat itu yang hilang bersama 162 orang.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia kira-kira 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura, awal pagi Ahad.

Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dengan tujuh anak kapal. - Singapore Straits Times/ANN



Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia Indonesia

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan