Banjir: PM Edar Bantuan Di Gua Musang

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa tiba di jajahan Gua Musang bagi meninjau kesan yang dialami penduduk setempat ekoran bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Helikopter Tentera Angkatan Udara Malaysia (TUDM) yang membawa beliau berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Baharu dan tiba di Pusat Sivik Gua Musang di sini pada kira-kira 11.45 pagi.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Ab Aziz Yusoff serta beberapa pegawai kanan kerajaan.



Perhentian pertama beliau ialah di kuarters kerajaan di Kampung Baru Hulu, Jalan Kesedar Inn, dengan Najib menghabiskan masa selama 15 minit melihat sendiri keadaan kediaman penduduk setempat dan mendengar rintihan mereka ekoran banjir.

Kemudian, beliau bergerak untuk meninjau keadaan penduduk Kampung Baru Hilir yang majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Cina.

Selepas itu Perdana Menteri berhenti sebentar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang bagi mendengar taklimat daripada pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai bantuan kemanusiaan berupa makanan, tilam, selimut, dan ubat-ubatan dalam dua kontena untuk dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan.



Beliau kemudian mengambil beberapa kotak bekalan makanan dari kontena itu untuk disampaikan kepada Tengku Razaleigh sebagai tanda penyampaian bantuan biro bermula secara rasmi.

Kemudian Najib terus bergerak ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, dan kehadiran beliau disambut dengan sorakan 'Hidup PM' oleh ratusan mangsa yang sedang berlindung di situ.



Meluangkan masa sekitar 20 minit di situ, Perdana Menteri sempat bertanya khabar dengan mangsa-mangsa banjir, dan beliau berjanji kebajikan mereka akan tetap terjaga.

Kemudian, Najib bergerak kembali ke Pusat Sivik Gua Musang pada pukul 1.05 tengah hari untuk menaiki helikopter bagi meninjau keadaan semasa di jajahan Kuala Krai.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan , Gua Musang

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan