Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan, Pahang Meningkat, Terengganu, Perak, Johor Menurun

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 3:55 PM

TENGGELAM... Bandar Temerloh lumpuh akibat dilanda banjir luar biasa hingga ke paras bumbung rumah yang dapat dilihat ketika tinjauan menerusi udara pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa di Kelantan dan Pahang terus meningkat tengah hari Selasa, manakala di Perak, Terenganu dan Johor menunjukan penurunan.

Di KELANTAN mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 158,476 orang berbanding 142,582 orang pagi Selasa.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, jumlah tersebut melibatkan 39,328 keluarga yang di tempatkan di 317 pusat pemindahan.

Daerah Kota Baharu masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 43,558 orang di 63 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pasir Mas menempatkan 9,960 mangsa di 35 pusat, Tumpat (26,602 orang di 32 pusat), Tanah Merah (19,440 di 24 pusat), Kuala Krai (23,500 di 103 pusat), Gua Musang (13,327 di 24 pusat), Machang (8,289 di 34 pusat) dan Pasir Putih 192 di dua pusat), katanya.

Di PAHANG keadaan banjir belum menunjukkan tanda untuk pulih apabila terus mencatatkan pertambahan mangsa kepada 49,978 orang berbanding 49,369 orang pagi Selasa di 261 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa pemindahan paling ramai iaitu 19,875 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah ialah Pekan sebanyak 9,960 mangsa di 39 pusat, Jerantut (6,025 orang di 59 pusat), Maran (4,351 di 32 pusat), Kuantan (3,797 di 17 pusat), Lipis (2,930 di 27 pusat), Bera (2,854 di 19 pusat) dan Rompin 186 di enam pusat).

Di PERAK, keadaan banjir menunjukkan penurunan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kuala Kangsar berkurangan, menjadikan keseluruhan mangsa di negeri ini seramai 7,664 orang berbanding 7,735 orang pagi Selasa.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, setakat ini mangsa banjir di Kuala Kangsar ialah seramai 2,050 orang daripada 539 keluarga di 22 pusat pemindahan.

Jumlah mangsa di kawasan Perak Tengah pula seramai 4,515 orang daripada 1,203 keluarga di 19 pusat.

Di Hulu Perak, sebanyak dua pusat pemindahan baharu dibuka, menjadikan 14 pusat pemindahan dibuka dengan menempatkan 799 mangsa daripada 215 keluarga.

Di Kerian mangsa di dua pusat pemindahan kekal 300 orang daripada 90 keluarga.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun kepada 25,775 orang berbanding 30,652 orang pagi Selasa.

Ini berikutan lebih ramai mangsa meninggalkan pusat pemindahan setelah keadaan reda.

Mengikut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kini terdapat 15,918 manga di Kemaman, Dungun (9,507), Hulu Terengganu (74) dan Kuala Terengganu (276).

Di JOHOR, 153 orang melibatkan 43 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 171 orang pagi Selasa di Muar, Batu Pahat, Ayer Hitam, Segamat dan Kluang.

Tags / Kata Kunci: banjir , Pantai Timur

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan