QZ8501: 'Bayang' Bentuk Pesawat Dikesan Di Dasar Laut

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 6:06 PM

Satu objek tidak dikenal pasti ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang oleh pasukan tentera udara Indonesia, ditemui terapung di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada Selasa. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sebuah pesawat tentera udara mengesan "bayangan" di dasar laut yang dipercayai merupakan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia (Basarnas), F.H. Bambang Soelistyo.

"Pada pukul 12.50 tengah hari (1.50 petang waktu Malaysia), pesawat tentera udara Hercules menemui satu objek yang dilihat sebagai bayangan di dasar laut yang menyerupai bentuk seperti pesawat," katanya pada sidang media.

Soelistyo berkata, operasi mencari kini ditumpukan kepada lokasi di mana "bayangan" dan serpihan ditemui, kira-kira 160 kilometer barat daya dari bandar Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di kepulauan Borneo.

"Pasukan menyelamat akan pergi ke lokasi itu. Tugas mereka ialah mencari dan mendapatkan objek-objek atau mayat penumpang," katanya.

"Saya akan memastikan kesemua mereka dibawa ke Pangkalan Bun, yang merupakan landasan kapal terbang yang paling dekat dengan lokasi objek ditemui," katanya. - AFP

Tags / Kata Kunci: QZ8501

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan