Serpihan Sah Milik QZ8501 - AirAsia

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: AirAsia Indonesia memaklumkan bahawa Badan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) mengesahkan serpihan yang ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Selasa merupakan milik pesawat QZ8501 yang hilang, selepas terputus hubungan Ahad lalu.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, serpihan pesawat itu ditemui di Selat Karimata kira-kira 110 batu nautika barat daya Pangkalan Bun.

"Pesawat itu merupakan Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Terdapat 155 penumpang dan tujuh anak kapal dalam pesawat itu.

"Pada ketika ini, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dan siasatan lanjut terhadap serpihan yang ditemui masih sedang berjalan," katanya.

Menurut kenyataan itu, kakitangan AirAsia Indonesia telah dihantar ke lokasi penemuan serpihan dan akan bekerjasama dengan Basarnas.

Tambahnya, Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) Indonesia akan melakukan siasatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, "Saya berasa amat dukacita. Ini merupakan saat yang paling sukar buat kami di AirAsia di mana kami menunggu perkembangan lanjut mengenai operasi mencari dan menyelamat, namun keutamaan kami pada masa ini adalah memastikan kebajikan ahli keluarga mereka yang terlibat dengan nahas QZ8501."

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko pula berkata: "Kami di sini pada hari ini dengan perasaan yang sedih disebabkan keadaan yang tragis ini. Kami menghulurkan simpati kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang terbabit dengan nahas QZ8501. Kami juga menghulurkan simpati buat keluarga kepada kakitangan kami.”

Menurut kenyataan AirASia, syarikat penerbangan itu akan menjemput ahli keluarga mangsa ke Surabaya, di mana pasukan penyedia penjagaan yang khusus akan ditugaskan kepada setiap keluarga bagi memastikan segala keperluan dipenuhi. 

"Kaunselor, pegawai keagamaan dan kerohanian turut dijemput ke pusat keluarga bagi memberikan perkhidmatan yang diperlukan," tambahnya.

Pesawat QZ8501 terputus hubungan pada pagi Ahad lalu dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan