QZ8501: 27 Waris Penumpang Berlepas Ke Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 10:20 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: AirAsia membawa seramai 27 waris penumpang QZ8501 ke Indonesia berikutan insiden kehilangan pesawat itu.

Dalam satu kenyataan bersama Kementerian Pengangkutan republik itu dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura pada Isnin, seramai 11 ahli keluarga telah dihantar ke Indonesia pada Isnin manakala 16 yang lain telah berlepas sebelum itu pada petang Ahad.

Ia berkata, kesemua mereka diberikan sokongan oleh kaunselor dan pegawai Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial Singapura serta Changi Airport Group (CAG) pada Ahad dan Isnin di lapangan terbang.

"Walaupun ada segelintir mereka mengambil keputusan untuk berada di rumah dan hotel, pegawai-pegawai kementerian terus memberikan bantuan dan perkembangan," menurut kenyataan itu.

Tambahnya, Singapura turut menawarkan anggota dan kelengkapan dari Lembaga Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) termasuk sistem sonar imbas sisi dan kenderaan robot kawalan jauh dalam usaha mencari pesawat itu.

Kawalan trafik udara (ATC) Indonesia terputus hubungan dengan pesawat Airbus A320-200 dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura pada pukul 6.24 pagi waktu Indonesia Barat (7.24 pagi waktu Malaysia).

Pesawat itu membawa seramai 155 penumpang dan tuju anak kapal. Ia sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabanga Changi pada pukul 8.30 pagi Ahad.

a

Tags / Kata Kunci: QZ8501

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan