QZ8501: Tumpahan Minyak Dikesan Di Perairan Tanjung Pandan

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pesawat Hercules Alpha 1319 milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengesan tumpahan minyak di perairan Tanjung Pandan Pulau Belitung, berdekatan dengan lokasi di mana pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara (ATC) pada pagi Ahad

Agensi berita Detiknews melaporkan terdapat tumpahan minyak, meliputi dua tompokan besar dan satu lagi kecil dikesan pesawat tersebut pada pukul 2.35 petang Isnin waktu tempatan (3.35 petang waktu Malaysia).

Tumpahan minyak ini dikesan pesawat milik TNI itu selepas menyusuri bahagian timur Tanjung Pandan, Belitung.

Menurut kru pesawat, jika air kelihatan berwarna seperti pelangi, ia menandakan terdapat minyak yang tumpah di perairan.

Bagaimanapun, belum disahkan sama ada tumpahan minyak itu adalah milik pesawat AirAsia Indonesia yang hilang, atau ia mungkin minyak kapal yang melalui perairan itu.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal hilang pagi Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan