QZ8501: Penumpang Warga Malaysia Suami Kepada Pensyarah UiTM

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak pada Isnin mengesahkan Sii Chung Huei, satu-satunya rakyat Malaysia yang menaiki pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang hilang, adalah suami kepada Prof Madya Annie Wong Muk Ngiik.

Dalam kenyataan di sini, Rektor UiTM Sarawak Prof Datuk Dr Jamil Hamali berkata Annie Wong adalah pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan universiti itu.

"Saya percaya kerajaan Indonesia sedang melakukan yang terbaik dengan bantuan daripada Malaysia dan negara jiran lain dalam melaksanakan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR). Semoga pasukan SAR membawa berita gembira kepada kita.

"Saya amat bersimpati dengan Prof Madya Annie Wong serta keluarga dan sahabat handai penumpang lain serta anak kapal Penerbangan QZ8501 AirAsia pada detik-detik yang mencabar ini. Doa dan harapan kami mengiringi semua penumpang dan anak kapal. Semoga mereka semua segera kembali dengan selamat," katanya.

Tags / Kata Kunci: QZ8501 , UiTM , UiTM Sarawak , AirAsia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan