Harapan Bercuti Di Singapura Bersama Tunang Musnah

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 7:56 AM

Tunang Louise iaitu Alain adalah antara salah seorang penumpang di dalam pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Louise Sitharta sepatutnya bercuti di sini bersama tunangnya sebelum mereka melangsungkan perkahwinan Mei tahun depan.

Namun begitu harapan wanita ini berkecai apabila tunangnya, Alain, merupakan seorang daripada penumpang pesawat AirAsia Indonesia yang hilang pada pagi Ahad.

"Tunang saya dan keluarganya berada di dalam penerbangan itu. Mereka merancang untuk bercuti dan saya sepatutnya bertemu dia di sini. Ini sepatutnya percutian terakhir dia bersama-sama keluarganya sebelum kami berkahwin," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan menunggu di Aras 3, Terminal 2 Lapangan Terbang Changi di sini, Ahad.

Warga Indonesia berusia 25 tahun itu menaiki penerbangan lain ke Singapura di sebelah tengah hari dan sepatutnya bertemu Alain di sini.

Louise berkata Alain, 27, menaiki penerbangan itu bersama-sama bapa, ibu dan tiga saudara lelaki.

"Saya berfikiran positif dan berharap kapal terbang itu akan ditemukan segera," katanya, dan menambah tiada apa yang dapat dilakukannya selain menunggu perkembangan selanjutnya.

Louise mendapat perkhabaran itu menerusi siaran radio kira-kira 11 pagi ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Surabaya untuk ke Singapura.

Berdasarkan senarai penumpang yang dikeluarkan di sini, terdapat nama Alain Oktavianus Siaun.

Penerbangan QZ8501, dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, membawa 162 orang termasuk tujuh anggota kru.

Pesawat itu, yang dijadual tiba pada 8.30 pagi Ahad, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi Ahad.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura, ketika terputus hubungan, pesawat itu berada di Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) Indonesia iaitu lebih 200 batu nautika di tenggara sempadan FIR Singapura-Jakarta. 

Tags / Kata Kunci: AirAsia , QZ8501 , Surabaya-Singapura

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan