Kehilangan Pesawat Tidak Jejas Keyakinan Penumpang AirAsia

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Keyakinan penumpang terhadap AirAsia tetap teguh walaupun berita tentang kehilangan pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 heboh diperkatakan dalam akhbar arus perdana, media dalam talian dan media sosial sejak Ahad.

Perkara ini dapat dilihat di kaunter daftar masuk syarikat penerbangan itu di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi apabila banyak penumpang meneruskan rancangan perjalanan ke pelbagai destinasi.

Beberapa penumpang yang ditemui di sini menyuarakan keprihatinan mereka tentang berita itu serta nasib penumpang dan anak kapal pesawat terbabit, tetapi tetap meneruskan rancangan masing-masing kerana tetap yakin dengan AirAsia.

Melanie Helbling dari Switzerland berkata ini kali pertama beliau menggunakan AirAsia selepas disyorkan ejen perjalanannya.

"Ejen perjalanan saya dan keluarga mereka telah banyak kali menggunakan khidmat AirAsia. Saya mempunyai keyakinan untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini untuk perjalanan keluarga saya," katanya di luar kaunter daftar masuk di Terminal 1 di sini, Isnin.

Helbling, yang akan ke Phuket bersama lima anggota keluarganya, membaca berita tentang kehilangan pesawat berkenaan ketika berada di Singapura.

"Walaupun ada anggota keluarga saya bimbang, saya beri jaminan kepada mereka bahawa kemungkinan perkara sama berlaku sangat tipis," katanya.

Sementara itu, Fajria Hasta, 19, berkata beliau lebih suka menggunakan AirAsia kerana selesa dengan perkhidmatannya setelah berbuat demikian beberapa kali.

"Saya tetap yakin dengan perkhidmatannya. Walaupun emak saudara saya menyuarakan kebimbangannya, saya katakan kepadanya nahas tidak berlaku setiap hari dan oleh itu terus menggunakan syarikat penerbangan sama untuk perjalanan hari ini," kata penuntut Universiti Brawijaya, Malang.

Gadis ini akan berlepas ke Surabaya bersama keluarganya dengan AirAsia pada 2.10 petang ini setelah tiga hari berada di Singapura.

Sementara itu, satu penerbangan dari Surabaya menggunakan kod sama, QZ8501, mendarat di Lapangan Terbang Changi pada 8.40 pagi ini.

Jurucakap Changi Airport Group berkata perkara yang paling diberi keutamaan pihaknya sekarang adalah kebajikan serta keselesaan anggota keluarga dan sahabat handai yang menunggu khabar terbaru tentang pesawat yang hilang itu.

"Kami juga menyediakan kaunselor untuk mereka serta bantuan lain yang mungkin mereka perlukan. Akses internet dan televisyen juga disediakan. Ketika ini, mereka lebih suka menunggu berita terbaru dari Surabaya," katanya.

Penerbangan QZ8501, yang dijadual mendarat di sini pada 8.30 pagi semalam, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi.

Pesawat itu membawa 162 orang, termasuk tujuh anak kapal.

Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan