Keadaan Banjir Di Pahang, Johor, Selangor Tidak Berubah

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Selangor masih tiada perubahan setakat ini.

Jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan di Pahang kekal 33,225, Johor 328 dan Selangor 33 berbanding pagi Ahad.

Setakat 3 petang, tiada maklumat terkini diperoleh mengenai jumlah mangsa banjir di negeri Kelantan kecuali 151,072 orang yang direkodkan pagi tadi.

Di PAHANG, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang, Kuantan (3,046), Pekan (4,873), Maran (3,479), Jerantut (6,025) , Bera (1,491) dan Lipis (2,299).

Di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata 328 mangsa banjir daripada 84 keluarga itu berada di sembilan pusat pemindahan  di Muar, Batu Pahat, Segamat dan Kluang.

Di SELANGOR, 33 mangsa banjir dari beberapa kampung di Klang itu ditempatkan di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 32,782 orang berbanding 33,292 orang pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, lebih 500 daripada 21,738 mangsa di Kemaman dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan banjir beransur surut tengah hari ini.

Bagaimanapun, bilangan mangsa di daerah lain tidak berubah iaitu Dungun 10,138, Hulu Terengganu (149) dan Kuala Terengganu (759).

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian setakat tengah hari ini turun sedikit kepada 7,540 orang berbanding 7,813 orang pagi tadi.

Menurut jurucakap MKN Perak, bilangan mangsa di Perak Tengah ialah 4,132, Kuala Kangsar merangkumi Sungai Siput (2,371), Hulu Perak (788) dan Kerian (293).

Dalam pada itu, portal banjir negeri Kelantan menyatakan paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih di atas paras bahaya.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Pahang , Johor , Selangor

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan