Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu Menurun, Pahang Meningkat

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 10:45 PM

Tinjauan dari udara yang dirakamkan fotoBERNAMA pada Isnin menunjukkan perkampungan sepanjang Sungai Pahang di daerah Temerloh yang dilanda banjir luar biasa.
 Kampung-kampung yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang seperti Jerantut, Kuala Krau, Temerloh dan Bera mengalami banjir besar selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa.


(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu dilaporkan terus menurun malam Isnin manakala Pahang menunjukkan peningkatan bilangan mangsa yang dipindahkan.

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 37,389 orang berbanding 35,501 orang petang Isnin. Mangsa berada di 244 pusat pemindahan dalam lapan daerah yang masih terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 15,366 orang di 62 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah yang terlibat ialah Jerantut yang menempatkan 6,025 orang di 59 pusat pemindahan, Pekan (5,108 mangsa/ 34 pusat), Maran (3,690 mangsa/ 28 pusat), Lipis (2,468 mangsa/ 31 pusat), Bera (2,426 mangsa/ 14 pusat), Kuantan (2,277 mangsa/ 14 pusat) dan Rompin (29 mangsa/ dua pusat).

Di KELANTAN, jumlah mangsa berkurangan kepada 142,564 orang malam Isnin berbanding 147,072 pada sebelah petang.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata, 43,558 mangsa berada di 63 buah pusat di Kota Baharu, Pasir Mas (23,568 mangsa/35 pusat), Pasir Putih (192 mangsa/dua pusat), Tumpat (26,584 mangsa/32 pusat), Tanah Merah (3,546 mangsa/24 pusat).

Seramai 8,289 mangsa di Machang berada di 34 pusat pemindahan, Kuala Krai (23,500 mangsa/103 pusat) dan Gua Musang (13,327 mangsa/24 pusat).

Di TERENGGANU, jumlah mangsa juga memperlihat penurunan daripada 32,210 petang Isnin kepada 31,805 pada sebelah malam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 21,874 mangsa, Dungun 9,507, Kuala Terengganu 270 dan Hulu Terengganu 154.

Jumlah pusat yang beroperasi adalah 70 iaitu 29 di Dungun, Kemaman 33, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu masing-masing empat, dengan keadaan terkini dilaporkan hujan. 

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian menurun kepada 7,408 mangsa daripada 1,948 keluarga malam Isnin.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Norhafizah Zainuddin berkata, semua mangsa ditempatkan di 22 pusat pemindahan di Kuala Kangsar, Perak Tengah 19, Hulu Perak 11 dan satu di Kerian.

Perak Tengah mencatat 4,194 mangsa manakala di Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mempunyai 2,176 mangsa, Hulu Perak 744 dan Kerian 294 mangsa.

Di JOHOR, 171 mangsa melibatkan 49 keluarga berada di lapan pusat pemindahan sehingga malam Isnin, demikian menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri

Johor.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan