Banjir: Hishammuddin Berlepas Ke Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 12:53 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berlepas ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu.

Beliau dijangka melawat pusat pemindahan di kawasan yang terjejas teruk dan pada masa sama menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Subang pada Isnin, Hishammuddin meneliti semula bekalan bantuan yang akan diagihkan kepada mangsa.

Beliau juga akan diberikan taklimat mengenai situasi terkini banjir di Kelantan di Pangkalan Udara Pengkalan Chepa.
Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Hussein , Kelantan , banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan