AirAsia: Kementerian Luar Malaysia Buka Bilik Operasi

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 9:07 AM

Waris mangsa menunjukkan gambar ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat malang itu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar telah membuka bilik operasi susulan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. 

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata ia beroperasi 24 jam dan boleh dihubungi di talian +603-88874570 dan +603-88892746. 

Pesawat Airbus A320-200 dengan 162 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi Ahad, sebelum terputus hubungan dengan kawalan trafik udara Indonesia pada 7.24 pagi. 

Ia dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi waktu tempatan.
 
Kenyataan itu turut berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawatannya dari Indonesia, Retno Marsudi berhubung kejadian tersebut. 

"Menteri Luar telah menyampaikan rasa sedih dan doa untuk anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat QZ8501," kata kementerian itu.
 
Ia berkata Anifah turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan pihak berkuasa Indonesia ketika ini.

Kementerian itu berkata perwakilan Malaysia di Indonesia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran itu berikutan terdapat seorang warga Malaysia dalam pesawat itu. 

Tags / Kata Kunci: Kementerian Luar , bilik operasi , QZ8501

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan