TNB Pulihkan 616 Pencawang Elektrik Terjejas Banjir

Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulihkan operasi 616 pencawang elektrik di kawasan-kawasan terjejas banjir setakat pukul 4 pagi Ahad.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB Abdul Aziz Abdul Majid dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan operasi pemulihan pencawang elektrik itu dilakukan di kawasan yang selamat dan air telah mulai surut.

"Cabaran paling besar adalah untuk membekalkan kembali tenaga elektrik ke negeri Kelantan disebabkan paras air yang masih tinggi dan akses laluan yang sangat terhad," katanya.

Abdul Aziz berkata Kelantan masih merupakan negeri yang kehilangan beban tenaga paling tinggi iaitu 148MW melibatkan 152,660 pengguna diikuti Pahang (40MW dengan 20,352 pengguna), Terengganu (12MW dengan 5,209 pengguna) dan Perak (4MW sebanyak 2,825 pengguna).

"Setakat ini TNB telah memulihkan sebanyak 51 megawatt (MW) daripada 205MW bekalan tenaga yang terjejas melibatkan 357 pencawang di Kelantan, 162 di Pahang, 72 di Terengganu dan 25 di Perak," katanya.

Abdul Aziz yang juga Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB berkata syarikatnya telah memasang 53 set janakuasa dengan kapasiti 500 kiloWatt (kW) hingga 1,000kW dan 23 set janakuasa jenis mudah alih dengan kapasiti 4kW hingga 40kW di lokasi-lokasi tertentu.

"Sehubungan itu warga kerja TNB turut ditingkatkan menjadi 1,500 orang daripada 1,000 orang sebelum ini ke kawasan-kawasan banjir untuk memantau pemasangan, pemulihan bekalan serta membantu pemindahan dan penghantaran bantuan kepada mangsa," katanya.

Orang ramai dinasihati mengutamakan aspek keselamatan dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454.


Tags / Kata Kunci: TNB , Banjir

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan