AirAsia QZ8501: Malaysia Kerah Aset Ketenteraan Bantu SAR

Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 5:50 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia mengerahkan tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules untuk membantu dalam pasukan mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 yang hilang, diterajui pihak berkuasa Indonesia. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kapal berkenaan sedang dalam perjalanan ke kawasan Belitung.

Beliau berkata kerajaan Malaysia juga telah mewujudkan Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (ATCC) di Subang bagi membantu usaha penyelarasan misi mencari pesawat QZ8501.  

"Kerajaan Malaysia komited dan telah mengerahkan aset-aset ketenteraannya untuk membantu Indonesia dalam operasi mencari.

"Saya sentiasa berhubung dengan  rakan sejawatan saya di Indonesia, Ignasius Jonan dan di Singapura, Lui Tuck Yew, untuk menghulurkan sebarang bantuan yang perlu pada waktu sukar ini," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pengurusan AirAsia di Terminal Penerbangan Tambang Rendah, Ahad.

Mengikut konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Liow berkata misi pencarian akan diketuai oleh pihak Indonesia manakala Malaysia dan Singapura akan membantu.

Beliau turut menafikan dakwaan dan spekulasi bahawa pesawat itu telah dijumpai.

"Operasi SAR (mencari dan menyelamat) sedang dijalankan dan pasukan SAR masih belum menjumpai sebarang serpihan," katanya.

Liow berkata beliau dimaklumkan oleh pengawal trafik udara Indonesia bahawa  QZ8501 memohon untuk menukar laluan berikutan keadaan cuaca buruk.

"Itu merupakan komunikasi dan maklumat terakhir yang kami ada," katanya.

Tags / Kata Kunci: AirAsia QZ8501

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan