Turun Padang Daripada Sebar Berita Tidak Sahih - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 10:31 PM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Turun sendiri dan bantu mangsa banjir daripada menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial. 

Demikian nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengguna media sosial yang menyebarkan berita tidak benar mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri. 

"Simpan handphone dan turun sendiri bantu, rasa sendiri macam mana pasukan keselamatan tidak tidur malam bantu mereka (mangsa). 

"Jangan duduk di dalam bilik berhawa dingin dan sebarkan semua maklumat yang direka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat berhubung situasi terkini banjir di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) di Puchong di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata dalam situasi bencana (banjir), memang tidak dinafikan banyak keadaan tidak selesa berlaku, namun keadaan tidak seburuk yang digambarkan dan kerajaan telah berusaha sebaik mungkin dalam menguruskan mangsa.

"Kita kena faham, situasi di pusat pemindahan tidak selesa macam di rumah, makanan pun tidaklah selazat biasa, tapi kita telah membantu sedaya upaya untuk elak ratusan nyawa terkorban," tegas Muhyiddin.
 
Sementara itu, katanya, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dijadikan pusat pengumpulan sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada mangsa banjir terlibat. 

Bagaimanapun, Muhyiddin berharap pihak tentera dapat mewujudkan 'sub-centre' di negeri-negeri lain untuk memudahkan pengumpulan sumbangan. 

Mengulas sesi persekolahan yang dijadual dibuka 4 dan 5 Januari depan, Muhyiddin berkata kerajaan bersedia membantu menyediakan peruntukan bagi kemudahan persekolahan kepada mangsa terjejas banjir.
 
Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , banjir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan