Tiada Gelinciran Di Jambatan Sultan Yahya Petra

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 1:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengesahkan tiada isu gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu, Kelantan seperti yang tersebar di media sosial.

Menurut kenyataan kementerian itu pada Sabtu, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan penyiasatan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang gelinciran jambatan itu daripada tiang asal seperti yang didakwa.

"Kumpulan pakar JKR Malaysia dan JKR Kelantan akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan jambatan itu berada dalam keadaan baik dan selamat," katanya.

Ia menjelaskan bahawa bahagian 'crosshead' tiang sambut yang dimaksudkan memang dibina lebih lebar daripada yang lain dan direka bentuk tanpa 'pile cap' dengan cerucuk dipanjangkan hingga ke 'pier head'.

Ini bertujuan meminimumkan masalah hakisan di Sungai Kelantan.

"Reka bentuk ini menyebabkan berlaku pergerakan lebih besar antara lantai jambatan apabila terkena hentakan yang mana ia tidak membahayakan, malah lebih kukuh daripada biasa dengan penambahbaikan reka bentuk cerucuk jambatan," kata kenyataan itu.

Jambatan itu yang menghubungkan bandar Kota Baharu dengan Pasir Pekan, Tumpat masih ditutup kepada lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan meningkat melepasi struktur berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan