Peperiksaan Akhir UiTM Kelantan Ditangguh Sehingga 8 Januari - Naib Canselor

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Sabtu mengumumkan penangguhan peperiksaan akhir bagi penuntut UiTM di kampus cawangan Kota Baharu dan Machang di Kelantan.

Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar dalam satu kenyataan ringkas berkata peperiksaan akhir bagi kampus terlibat hanya akan bermula pada 8 Januari.

Menurut laman web rasmi UiTM, peperiksaan akhir bagi penuntut program Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah, sesi akademik 2014/2015 universiti berkenaan pada asalnya dijadual bermula Isnin ini hingga 19 Januari depan.

Bagaimananapun, ia terpaksa ditangguh berikutan bencana banjir yang melanda Kelantan yang semakin meruncing.

Dalam pada itu, Sahol Hamid turut mengingatkan mana-mana penuntut UiTM Kelantan yang bukan bermastautin di negeri berkenaan, bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir itu di kampus lain.
Tags / Kata Kunci: UiTM Kelantan , peperiksaan akhir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan