PM Tinjau Keadaan Banjir Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 5:39 PM

Najib (duduk, dua, kanan) mendengar penerangan yang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) ketika hadir membuat tinjauan banjir di Negeri Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.

Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.

Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.

Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum.

Najib juga dijadual melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa dan PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Chempaka di sini. 

Terdahulu, perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 1.40 tengah hari.

Beliau kemudian terus mendengar taklimat khas yang disampaikan pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pihak Majlis Keselamatan Negara di lapangan terbang itu.

Perdana Menteri diberi taklimat berhubung operasi membantu mangsa-mangsa banjir termasuk bekalan makanan, keadaan cuaca bagi waktu yang terdekat, serta trend aliran air sungai-sungai utama di negeri ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , banjir , Kelantan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan