Aktiviti Golf Bersama Obama Demi Hubungan Diplomasi Negara - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 9:08 PM

Najib (kiri) ketika hadir membuat tinjauan banjir di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Baru pada Sabtu. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua,kiri). - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara ini seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak.

Sebaliknya, perdana menteri berkata aktiviti itu telah dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Tambahan pula, katanya, jemputan itu telah disampaikan sewaktu Obama melawat negara ini April lepas dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia telah dirangka lebih awal dalam jadual kedua-dua pihak.

Bercakap pada sidang media di sini selepas meninjau kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan, beliau berkata: "Sebenarnya, waktu Presiden Obama melawat Malaysia, beliau menyatakan kalau kebetulan saya berada di Hawaii dengannya (Obama), dia nak saya main golf dengan dia.

"...dan Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa...sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy'.

Najib berkata walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, beliau mengambil keputusan untuk memendekkan cutinya dan terus terbang ke Kota Baharu untuk melihat sendiri perkembangan situasi banjir.

"Setiap hari saya di sana saya terima laporan terkini tentang keadaan banjir...oleh kerana ia semakin serius saya buat keputusan balik ke tanah air secepat mungkin dan terus ke Kota Baru. Saya tak balik rumah lagi ni.

"Dan (saya) buat lawatan segera untuk menunjukkan bahawa kerajaan amat komited untuk terus membantu mangsa banjir," katanya.

Banjir di Kelantan kini semakin meruncing apabila puluhan ribu penduduk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , golf , banjir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan