Laluan Lebuhraya LPT Karak-Jabor Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 11:00 PM

Seluruh harta benda penduduk Taman Perumahan JPN Kampung Kerinting, Gua Musang dilihat musnah selepas dilanda banjir luar biasa baru-baru ini. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT)yang ingin ke Kuantan atau ke Kuala Lumpur dinasihat agar menangguhkan perjalanan berikutan keadaan banjir teruk di lebuh raya itu dan jalan lama yang menghubungkan kedua-dua lokasi berkenaan.

Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan AlloyMtd, Fazlyaton Hussein berkata berikutan itu laluan Karak ke Jabor terpaksa ditutup setelah kilometer 126 lebuh raya berkenaan dinaiki air sedalam satu meter sepanjang 500 meter.

Begitu juga laluan dalam dari Kuala Lumpur ke Kuantan juga terputus hubungan di Kampung Paya Pulai Temerloh dan keadaan paras air sejak petang tadi masih tidak menunjukkan penurunan, malah semakin menaik, katanya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.

"Pengesahan (laluan terputus) telah dibuat oleh bilik gerakan banjir Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Laluan itu tidak boleh dilalui sama sekali oleh semua jenis kenderaan sehingga memaksa pihak LPT membuat tindakan 'exit mandatory' kepada pengguna-pengguna yang hendak ke Pantai Timur" katanya.

Pengguna boleh membuat pusingan U di Karak bagi kenderaan yang datang dari Kuala Lumpur manakala mereka yang datang dari Kuantan boleh berbuat demikian di Sri Jaya.

Bagaimanapun, laluan dari Gombak ke Bentong dibuka seperti biasa.

Setakat ini, katanya tiada pengguna jalan raya yang tersadai di lebuh raya berkenaan.
Tags / Kata Kunci: LPT Karak , banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan