HUSM Terima Dana RM3.5 Juta Tampung Keperluan Banjir

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan dana tambahan RM3.5 juta kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menampung keperluan banjir di Kota Baharu.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata peruntukan tambahan itu untuk membeli ubat dan keperluan lain bagi membantu mangsa banjir serta pesakit luar yang memerlukan rawatan.

"Pihak KPM mempunyai tanggungjawab sosial selain tugas mendidik bakal doktor dan doktor pakar menerusi HUSM," katanya dalam entri terbaharu di laman Twitternya pada Sabtu.

Kementerian pada awal bulan ini menyalurkan dana RM1.5 juta kepada hospital berkenaan.

"Moga dana tambahan (termasuk RM1.5 juta yang disalurkan awal Disember) ini dapat membantu usaha-usaha mulia doktor, jururawat dan warga hospital," katanya.


Tags / Kata Kunci: HUSM , Banjir

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan