Jawatankuasa Bencana Banjir Tumpu Empat Kawasan Teruk Di Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 5:57 PM

Dua beradik Mohd Fadhli Nor Azmi, 13, (kanan) dan Khairulnizam Nor Azmi, 11, membersih kediaman mereka setelah dilanda banjir luar biasa di Kampung Cabang Empat Kundur di Gua Musang pada Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan akan menumpukan kepada empat kawasan paling terjejas akibat banjir di negeri itu yang mengalami masalah kritikal bekalan makanan dan perubatan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata empat kawasan itu adalah Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah yang kini juga terputus hubungan darat.

"Yang paling teruk adalah empat kawasan itu yang dilaporkan terdapat masalah kritikal bekalan makanan, minuman dan akses kesihatan.

"Jawatankuasa ini akan berusaha menyegerakan penghantaran bekalan makanan dan perubatan dengan apa cara sekali pun," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu turut melawat negeri ini untuk melihat sendiri bencana yang telah menjejaskan puluhan ribu penduduk di sembilan jajahan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata walaupun Kuala Krai dan Kota Baharu turut mengalami musibah yang serius, namun keadaan adalah terkawal dengan segala keperluan dapat disalurkan dengan baik kepada mangsa.

Beliau menegaskan secara umumnya fenomena banjir di Kelantan masih lagi mencabar dan isu utama yang perlu diberi perhatian jawatankuasa itu adalah berkaitan makanan, minuman dan perubatan.

"Kita akan menggemblengkan segala aset yang kita ada untuk ke tempat yang terputus bekalan makanan dan perubatan dan ini tumpuan utama kami," katanya.

Mustapa juga turut menasihatkan penduduk yang tidak terjejas banjir supaya tidak panik kerana bekalan makanan serta minyak petrol masih mencukupi.

Selain itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial yang boleh menjurus kepada suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan dan bantuan mana-mana pihak bagi membantu mangsa banjir terutama di kawasan terjejas teruk sambil memberitahu ia tidak perlu melalui jawatankuasa itu.


Tags / Kata Kunci: banjir , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan