Banjir: Mangsa Diberi Rawatan, Tiada Penyakit Berjangkit Dikesan

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 7:37 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 3,919 mangsa banjir telah diberi rawatan di seluruh negara, dengan tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis (kencing tikus), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), demam tifoid (kepialu), campak dan denggi dikesan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa banjir dinasihati supaya mematuhi arahan pihak berwajib dan mengelak makan makanan atau minuman yang tidak dimasak.

"Sila awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir kerana dikhuatiri tercemar dan risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit, kolera, tifoid dan leptospirosis.

"Mangsa banjir terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan penghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya menjaga kebersihan dan mendapatkan rawatan segera jika perlu," katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berjaya memindahkan empat pesakit dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan pada 11.50 malam Khamis.

Dr Noor Hisham berkata bekalan diesel sebanyak 640 liter turut dibekalkan kepada Hospital Kuala Krai pukul 12 tengah malam, semalam.

Menurutnya, sebanyak 533 pasukan operasi kesihatan digerakkan untuk menjalankan aktiviti di kawasan dilanda banjir.

Sementara itu, beliau melalui akaun Facebooknya memaklumkan bahawa perancangan untuk membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan dengan dua buah helikopter pada petang tadi terbantut akibat cuaca buruk dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang.

"KKM juga sedang berusaha mendapatkan bantuan helikopter agensi-agensi lain untuk membantu dalam penyelarasan pemindahan pesakit dan penghantaran bekalan yang diperlukan," katanya.


Tags / Kata Kunci: Banjir , Kelantan , Kementerian Kesihatan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan