TUDM Subang Pusat Pengumpulan Bekalan Mangsa Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, telah diaktifkan sebagai Pusat Pengumpulan Pembekalan Makananmangsa banjir, yang beroperasi 24 jam.

Pengaktifan itu dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin setelah menerima amanat daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam satu kenyataan, pada Jumaat berkata mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak yang ingin membuat sumbangan boleh berhubung terus dengan Pusat Operasi Pertahanan di talian 03-26985414 dan 03-26945434.

"Atau kepada Ketua Staf Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mazelan Kasap di talian 019-2360513 atau Asistan Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan di talian 019-6648981," katanya.

Sehingga petang ini keadaan banjir menjadi semakin serius dengan Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir selain Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak, yang melibatkan jumlah terkini mangsa banjir dipindahkan seramai 118,896 orang.

Sementara itu, Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dalam kenyataannya berkata, mereka sedang membuat kutipan barangan untuk mangsa banjir seperti makanan dan pakaian asas.

Ia akan dikumpulkan di Pusat Pengumpulan Rumah Alumni, Kolej Melati, UiTM Shah Alam manakala bantuan kewangan boleh dikreditkan ke akaun Maybank 562106-632129. Para alumni dan orang ramai dialu-alukan untuk memberi sumbangan. 

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Akmal di talian 013-5923201.

Tags / Kata Kunci: pusat bekalan , TUDM Subang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan