Banjir: Jumlah Mangsa Di Pahang Naik Mendadak, Kelantan Menurun

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 10:57 AM

Penduduk Kuala Krau meredah jalan Temerloh-Jerantut selepas dilanda banjir luar biasa pada Khamis. Kampung-kampung yang berada di kawasan persisiran Sungai Pahang dilanda banjir selepas Taman Negara Kuala Tahan dilanda banjir luar biasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi Jumaat dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.
 
PAHANG paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang, Khamis.

Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang. 

Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan.

Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).

Di KELANTAN, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam Khamis.

Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baharu apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 pada Khamis.

Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 pada Khamis, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).

Bagaimanapun keadaan bah di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang pada Khamis.

Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam Khamis.

Di TERENGGANU, keadaan banjir tidak menunjukkan banyak perubahan dengan jumlah mangsa banjir kini mencecah 30,147 orang berbanding 29,082 orang pada Khamis.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daerah Kemaman paling teruk terjejas dengan 20,679 mangsa masih berada di 46 pusat pemindahan.

Turut terjejas teruk ialah daerah Dungun dengan 7,314 mangsa banjir, Kuala Terengganu (1,551), Besut (317) dan Hulu Teregganu (286).
Banjir di daerah Marang dan Setiu kini kembali pulih.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 5,530 berbanding 5,512 malam Khamis.

Menurut jurucakap MKN Negeri Perak, daerah Kuala Kangsar yang turut meliputi Sungai Siput mencatatkan bilangan tertinggi mangsa banjir membabitkan 2,558 mangsa daripada 621 keluarga.

Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 47 pusat pemindahan, katanya.

Di KEDAH, keadaan banjir semakin buruk dan setakat pagi Jumaat, sejumlah 157 orang penduduk melibatkan 31 keluarga di Daerah Padang Terap dan Bandar Baharu terpaksa berpindah. 

Penolong Setiausaha Tentera Majlis Keselamatan Negara Kedah Mejar Mohd Radzi Abd Hamid berkata kesemua mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan.

Tags / Kata Kunci: Pahang , banjir

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan