Jambatan Sultan Yahya Petra Ditutup - Berita Semasa | mStar

Jambatan Sultan Yahya Petra Ditutup

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 7:25 AM

Mangsa banjir hanya mampu melihat dari dekat keadaan rumah mereka yang ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Nal di Kampung Keroh dekat Kuala Krai, Kelantan pada Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan bandar ini dengan Pasir Pekan di Tumpat, kini ditutup kepada semua lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan sudah meningkat melepasi jambatan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu Acp Rohaimi Md Isa berkata ia ditutup kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna.

"Ia ditutup kepada semua jenis kenderaan," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Kota Baharu dinaiki air sejak Rabu berikutan banjir buruk yang melanda negeri ini terutama di kawasan Ulu Kelantan iaitu Gua Musang dan Kuala Krai.

Air dari kawasan berkenaan sedang mengalir ke arah Utara Kelantan iaitu jajahan Kota Baru.
Tags / Kata Kunci: Jambatan Sultan Yahya Petra , banjir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan