Imam Hantar Dua Tan Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 1:35 PM

Para sukarelawan Islamic Medical Association of Malaysia Response and Relief Team (IMARET) melakukan pendaftaran masuk barangan perubatan serta keperluan asas untuk dihantar ke Kota Baru bagi misi bantuan mangsa banjir dengan menggunakan pesawat Malindo Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Jumaat.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imam) pada Jumaat menghantar sebanyak dua tan barangan berupa makanan, minuman, lampin pakai buang, tuala wanita serta ubat-ubatan kepada mangsa banjir di pantai timur.

Sumbangan dihantar pagi tadi dengan kerjasama syarikat penerbangan Malindo Air yang menyediakan pesawat komersial Malindo jenis 737-900ER.

Presiden Imam Dr Azlan Helmy Abd Samat berkata semua barangan tersebut yang bernilai RM8,000 adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul sejak lima hari lepas.

Beliau berkata bantuan pada Jumaat turut melibatkan tiga doktor dengan dua daripada mereka dihantar ke Terengganu dan seorang ke Kelantan dengan menaiki pesawat penerbangan Firefly.

"Kita telah memberikan bantuan sejak 3 minggu lepas (3 Dis) termasuk bantuan doktor serta barangan keperluan lain seperti air mineral," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, Jumaat.

Katanya bantuan yang telah diberikan setakat ini mencecah hampir 10 tan barangan keperluan yang bernilai RM40,000 hasil sumbangan orang ramai.

Sementara itu, Pengurus Sokongan Pemasaran Malindo Air Azman Zanoo berkata bantuan penghantaran itu adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Sejak Selasa lepas, Malindo Air memperuntukkan ruang kargo dalam pesawat komersialnya yang boleh memuatkan kira-kira dua tan barangan untuk dihantar kepada mangsa banjir di pantai timur," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan