TNB Henti Operasi Lebih 1,200 Pencawang Elektrik Elak Litar Pintas

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 2:51 PM

Penduduk Kampung Cenderawasih terpaksa menggunakan lilin selepas kampung mereka terputus elektrik akibat banjir melanda kampung mereka awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan sementara operasi 1,266 pencawang elektrik (PE) di beberapa kawasan di Pahang, Kelantan dan Terengganu susulan kejadian banjir.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata langkah itu diambil bagi mengelak berlakunya litar pintas dan ia membabitkan 63,221 pengguna.

Kelantan mempunyai pengguna paling banyak terjejas iaitu 42,625 dengan  penutupan operasi 810 PE di Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Machang, Tanah Merah, Kota Baharu dan Tumpat.

"Di Terengganu, operasi 138 PE dihentikan di Kemaman, Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Dungun, melibatkan 8,105 pengguna manakala di Pahang, 5,878 pengguna terjejas berikutan penutupan operasi 18 PE," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Beliau berkata TNB akan terus memantau pepasangan seperti pencawang elektrik di beberapa kawasan terjejas banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air mencecah paras bahaya.

Mohd Aminuddin berkata,bilik gerakan TNB di setiap negeri juga beroperasi untuk memantau situasi dan orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 untuk maklumat lanjut.

Tags / Kata Kunci: TNB , pencawang elektrik , litar pintas , banjir

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan