PPJ Akan Bincang Dengan Penganjur Batal Konsert Ambang 2015

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 5:40 PM

Konsert Ambang 2015 bakal dibatalkan bagi menghormati mangsa-mangsa banjir.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan berbincang dengan penganjur konsert Ambang 2015 yang dijadual diadakan bagi meraikan sambutan tahun baharu, untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir.

Dalam laman Facebook PPj, perbadanan itu menyatakan PPj prihatin terhadap semua pandangan dan musibah banjir yang menimpa negara.

"Program sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 ini adalah program Kumpulan Ambank dan pihak kita sedang dalam usaha untuk berbincang dengan pihak penganjur mengenai perkara ini (batalkan acara),"katanya.

Sementara itu, jurucakap PPj yang dihubungi Bernama di sini pada Khamis, berkatapihaknya hanya menunggu keputusan daripada Kumpulan Ambank sama ada untuk meneruskan atau membatalkan acara itu.

Sementara itu, kebanyakan pengunjung Facebook PPj berharap sambutan ambang tahun baharu itu dibatalkan dan digantikan dengan program keagamaan atau ilmiah untuk mendoakan kesejahteraan mangsa banjir.

"Tukar pengisian program dengan membuat solat hajat serta program keagamaan lain," kata Rusydi Akmal yang sependapat dengan sebahagian besar pengguna Facebook lain yang mencadangkan acara itu dibatalkan.

Beberapa pengguna Facebook antaranya Siti Norazila, Sabriaery Aery, Harith Hashim dan Zulkanaini Daut pula berharap wang peruntukan untuk menganjurkan konsert berkenaan dapat disalurkan kepada mangsa banjir.

Konsert yang dijadual diadakan pada malam 31 Disember itu akan menampilkan persembahan seramai 10 artis tersohor tempatan serta pertunjukan bunga api selama kira-kira 10 minit selepas kiraan detik 12 malam.

Pada sidang akhbar sebelum ini, Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim berharap konsert Ambang 2015 Putrajaya dapat memupuk semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. 

Tags / Kata Kunci: konsert ambang 2015

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan