Kerajaan Pastikan Semua Keperluan Mangsa Banjir Diutamakan

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 4:37 PM

Barangan makanan paling menjadi keutamaan untuk diberikan kepada mangsa banjir di pantai timur di sini, hari ini. Semua barangan keperluan yang dikumpulkan ini akan dibawa ke Putrajaya terlebih dahulu untuk dikumpulkan sebelum dihantar ke mangsa-mangsa banjir di pantai timur.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan akan memastikan segala keperluan mangsa banjir khususnya makanan diutamakan dengan segala permasalahan diatasi segera.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar berkata, peruntukan segera sebanyak RM50 juta yang disalurkan di semua negeri yang terjejas banjir, diharap dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

"Dengan peruntukan itu, ia juga akan memudahkan urusan membeli barang keperluan termasuk aset-aset yang perlu kerana keadaan banjir sekarang memerlukan tindakan segera.

"Kementerian Kewangan akan memudahkan lagi cara pihak terbabit mendapatkan bekalan dan aset tanpa prosedur yang biasa. Ini semua bagi mempercepatkan penyaluran keperluan kepada mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Mohd Irwan berkata, penduduk juga diingatkan agar tidak membuat pembelian panik sehingga ada yang mendakwa bekalan keperluan seperti di kawasan yang terjejas banjir, sukar diperoleh.

"Penduduk jangan bimbang tentang barangan keperluan kerana kita akan menjamin ia mencukupi. Semua pasar raya besar diminta agar meningkatkan lagi keperluan barangan makanan ini untuk mengelak dakwaan berlakunya kekurangan," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan juga akan mendapatkan bot-bot dari negara jiran bagi memastikan segala urusan menyelamat atau menyalurkan bekalan dapat dilakukan dengan baik.

Katanya, ketika ini terdapat sesetengah tempat yang tidak boleh dilalui melalui jalan darat dan kerajaan akan menggunakan bot dan helikopter bagi tujuan itu.

Sementara itu beliau berkata kakitangan agensi penyelamat yang kini berjumlah lebih 3,000 akan ditambah mengikut keperluan.

Beliau berkata, keadaan banjir di pantai timur kali ini membimbangkan dan berharap penduduk tidak menjadikannya sebagai pesta bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Tags / Kata Kunci: banjir , Mohd Irwan Siregar , makanan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan