Obama Undang Najib Main Golf

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 1:34 PM

Obama mengundang Najib untuk bermain golf bersamanya di Padang Golf Klipper Kaneohe di Pangkalan Marin Hawaii pada Rabu ketika Presiden Amerika Syarikat itu sedang bercuti bersama keluarganya.

(Ubah saiz teks)

HONOLULU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diundang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Padang Golf  Klippers Kanehoe di Pangkalan Marin, kepulauan Hawaii, Rabu.

The Washington Post pada Khamis melaporkan, Najib antara empat orang termasuk petugas Rumah Putih, Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama ketika pemimpin nombor satu kuasa besar dunia itu sedang bercuti bersama keluarganya.

Tahun lalu, Obama bermain golf bersama Perdana Menteri New Zealand, John Key.

Dilaporkan juga jemputan itu bagi mengukuhkan hubungan kerja yang lebih baik dengan Najib, selepas mengadakan lawatan julung-julung kali ke Malaysia pada April lalu.

Kemungkinan juga, kedua-dua pemimpin berkenaan turut mengadakan perbincangan dengan lebih mendalam berhuung dasar luar untuk manfaat kedua-dua negara.

Rumah Putih dalam kenyataan yang dikeluarkan menyebut: "Kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk berbincang bagi mengukuhkan hubungan antara Amerika dan Malaysia.

"Presiden juga berharap dapat terus bekerjasama dengan Perdana Menteri Najib pada 2015, semasa Malaysia mempengerusikan Asean."

Sepanjang sesi riadah itu, wakil media turut dibenarkan menghampiri lubang ke-18 dimana kedua-dua pemimpin itu dilihat melepasi sasaran ketika melakukan pukulan masing-masing.

Kemesraan keduanya jelas kelihatan apabila Obama menepuk bahu Najib seolah-olah menenangkan Perdana Menteri Malaysia itu.

Tags / Kata Kunci: Najib Razak , Barrack Obama , golf , Kanehoe Bay , Hawaii

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan