Dua Lelaki Mati Lemas Di Pengkalan Chepa

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 10:08 PM

Arus deras di sekitar Kota Bharu dan Pengkalan Chepa, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja, Pengkalan Chepa di sini, pada Khamis ,menurut polis.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.

Sepupunya itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa.

"Mayat kedua-duanya telah dijumpai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat. 

Tags / Kata Kunci: mati lemas , pengkalan chepa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan