Konsert Ambang 2015 Putrajaya Dibatalkan - PPJ

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Konsert Ambang 2015 dijadualkan pada malam 31 Dis ini sah dibatalkan selepas perbincangan diadakan antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Kumpulan Ambank, menurut PPj.

Dalam laman Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj), perbadanan itu memaklumkan,"Sambutan Ambang Tahun Baharu Putrajaya 2015 kini sah dibatalkan.

"Kira-kira pukul 12 tengah hari tadi laman Facebook PPj memuat naik status bahawa perbincangan akan diadakan dengan Kumpulan Ambank untuk membatalkan acara itu bagi menghormati mangsa banjir.

Sementara itu kebanyakan pengunjung Facebook berterima kasih kepada pihak penganjur kerana membatalkan sambutan itu yang antara pengisian utamanya ialah Konsert Ambang 2015.

"Terima kasih PPj kerana mendengar suara hati rakyat. Terima kasih kepada Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat atas keprihatinan dengan memberi pertimbangan semula dan mengambil langkah proaktif selaras dengan kehendak orang ramai," kata Mida Anan Amin.

Wati Ibrahim berkata, "Congratulations for being sensible and decideaccordingly." (Tahniah kerana bersikap bertimbang rasa dan membuat keputusan sewajarnya)  Intan Salina pula berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi banjir yang melanda negara, dengan membatalkan acara sambutan itu.

"Alhamdulillah, gantikan dengan munajat di Dataran Putrajaya atau masjid dan surau di seluruh Putrajaya", cadang Mat Rani.

Mohd Fadli Musa pula mencadangkan pembatalan acara itu boleh digantikan dengan program keagamaan dan solat hajat memohon supaya dijauhkan daripada perkaraburuk.

Tags / Kata Kunci: Konsert Putrajaya batal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan