Sistem Telekomunikasi Di Pantai Timur Masih Berfungsi - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 10:47 PM

Ahmad Shabery Cheek mengangkat warga emas, Dayang Ali, 93, yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Banggol selepas rumah warga emas itu dinaiki air banjir pada Khamis. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sistem telekomunikasi di kawasan terjejas banjir masih berfungsi dan hanya berlaku gangguan sementara.

Beliau berkata sebagai persediaan menghadapi banjir, Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia (SKMM) telah meminta semua syarikat telekomunikasi meninggikan kedudukan kotak alat elektronik di setiap pencawang bagi mengelakkan ia ditenggelami air.

Syarikat terbabit juga diminta menambah bekalan kuasa elektrik alternatif untuk setiap pencawang terbabit, katanya kepada pemberita pada Khamis. 

Beliau berkata syarikat terbabit turut menempatkan beberapa transmitter bergerak di beberapa lokasi strategik yang terjejas banjir di Pantai Timur ketika ini.

"Diakui berlaku sedikit gangguan telekomunikasi di Kuala Krai dan Gua Musang (di Kelantan) namun atas beberapa inisiatif pembekal telekomunikasi, gangguan hanya berlaku sementara.

"Kita tidak boleh jamin sejauh mana ia boleh bertahan (di kawasan terjejas). Ketika ini tiada (khidmat) telekomunikasi terputus secara total cumanya akan hadapi 'congestion' (kesesakan talian) berikutan terdapat kemungkinan masalah wayar terputus dan sebagainya ketika waktu banjir sebegini," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Ahmad Shabery Cheek

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan