Limpahan Air Empangan Tasik Kenyir Sejak Selasa Lalu Terkawal - TNB

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan penduduk agar tidak panik kerana limpahan air daripada EmpanganTasik Kenyir apabila air melepasi paras 145 meter adalah perkara normal.

Pengurus Kanan Stesen Jana Elektrik Sultan Mahmud Azani Mohd Yusof berkata struktur alur limpah tidak berpintu di empangan itu akan mengalirkan air apabila melepasi paras bekalan penuh 145 meter dan tahun ini adalah kali kesembilan limpahan itu berlaku sejak beroperasi pada 1985.

"Air dari Empangan Kenyir mula mengalir keluar melalui alur limpah tidak berpintu pada Selasa lalu selepas mencapai paras bekalan penuh 145 meter dan mengalir ke Sungai Terengganu yang kini masih mencatat ketinggian aras yang normal.

"Limpahan itu juga bukanlah faktor utama kejadian banjir yang berlaku sebaliknya ia berpunca dari hujan lebat dan faktor alam semulajadi yang lain,"katanya dalam sidang media khas mengenai perkembangan terbaharu banjir di negeri ini di pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof, Pemangku Setiausaha MKN Terengganu Roslina Ngah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Shafie Mohamad.

Azani berkata pihak TNB sentiasa melakukan pemantauan berkala terhada pempangan itu termasuk pemeriksaan khas iaitu sekali dalam tempoh 10 tahun yang dibuat pakar luar negara yang telah berpengalaman dalam mengendalikan empangan sejak 70 hingga 80 tahun lalu. |

"Sekali lagi saya ingin tegaskan agar orang ramai jangan risau dengan pelbagai khabar angin yang tersebar luas sejak kebelakangan ini kononnya kita akan membuka empangan kerana memang tiada pintu di empangan tersebut.

"Yang ada cuma struktur alur limpah dan ia direka khas sebegitu dengan aliran air hanya dikeluarkan ke Sungai Terengganu," katanya.

Alur limpah tidak berpintu itu adalah salah satu struktur penting yang terdapat pada Empangan Kenyir bagi memenuhi ciri-ciri keselamatan bagi tujuan memelihara struktur dan integriti empangan, katanya.

Tasik Kenyir yang berkeluasan 370 kilometer persegi itu mula dibina pada tahun 1978 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1985 dan kawasan tadahannya seluas 1,260 kilometer persegi pula merangkumi tiga negeri iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang.

Tags / Kata Kunci: Empangan Tasik Kenyir

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan