Dr Roland Chia Tidak Berhasrat Lepas Jawatan Sebagai Adun

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 8:57 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dr Roland Chia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam.

Dalam satu kenyataan di sini, Dr Chia, 44, berkata, beliau membuat keputusan itu selepas berunding dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya.

"Selain itu, saya berhubung rapat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali, yang juga Menteri Besar Selangor dan anggota akar umbi bagi membincangkan perkara mengenai kesihatan dan kesejahteraan saya.

Sambutan daripada semua pihak sangat positif. Mereka menggesa saya untukbertahan dan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat (Adun) Inanam.

Pada masa saya bersendirian, saya berpeluang untuk mempertimbangkan pelbagai input dan cadangan dari semua pihak.

"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan khidmat saya sebagai anggota PKR dan anggota Dewan Undangan Negeri N13 Inanam, Sabah. Saya akan cuba yang terbaik untuk memenuhi harapan penduduk di Inanam," kata beliau.

Catatan dalam laman Facebook Chia yang muncul pada 17 Disember menyatakan bahawabeliau mahu melepaskan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Dr Chia memperoleh 8,926 undi untuk menewaskan Eric Majimbun daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Joseph Paulus Lantip daripada BN dengan majoriti 3,202 undi. 

Tags / Kata Kunci: Dr Roland Chia , Adun Inanam

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan