Peruntukan Segera RM50 Juta Untuk Negeri Dilanda Banjir - Berita Semasa | mStar

Peruntukan Segera RM50 Juta Untuk Negeri Dilanda Banjir

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 2:15 PM

Orang ramai tidak dapat meneruskan perjalanan akibat limpahan air Sungai Nal di Jalan Gua Musang-Kota Baharu di Kampung Keroh dekat sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan segera berjumlah RM50 juta untuk negeri dilanda banjir.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata peruntukan itu akan diagih dan disalurkan segera kepada Pejabat Pembangunan Negeri di negeri terjejas berikutan banjir yang semakin meruncing.

"Kementerian Kewangan juga akan mempermudah pembelian segera keperluan peralatan bantuan dalam memastikan bantuan dapat disampaikan kepada rakyat di kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan Khamis.

Ahmad Husni berharap peruntukan segera serta kemudahan pembelian peralatan bantuan itu dapat membantu meringankan beban yang dihadapi rakyat di negeri berkenaan.

"Kementerian Kewangan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempermudah usaha bantuan kepada rakyat," katanya.

Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.


   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan