Lebih 90,000 Mangsa Banjir Di Lima Negeri Dipindahkan

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 12:33 PM

Penduduk Kampung Keroh meredah banjir akibat limpahan air dari Sungai Nal dekat sini, Khamis. Jumlah mangsa yang dipindahkan di Kuala Krai kekal 4,864 orang, di 39 buah pusat penempatan banjir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).

Di KELANTAN, jumlah mangsa terbaharu itu menyaksikan peningkatan 5,190 orang berbanding 27,153 mangsa malam tadi, menurut portal banjir kerajaan negeri.

Sebuah lori ditenggelami air di Jalan Jeli-Gua Musang yang dinaiki air akibat limpahan dari Sungai Pergau dekat sini, Rabu.

Pertambahan mangsa berlaku di Tanah Merah dan Kota Baharu, dan ibu negeri Kelantan itu kini lumpuh akibat limpahan Sungai Kelantan sejak Rabu.

Selain kedua-dua jajahan itu, mangsa banjir tersebut membabitkan tujuh lagi jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.

Sebanyak 15 lagi laluan ditutup pagi ini akibat banjir, menjadikan keseluruhan 37 laluan di Kelantan ditutup kepada lalu lintas berikutan banjir.

Di TERENGGANU, 28,991 mangsa daripada 6,975 keluarga kini berada di 124 pusat pemindahan setakat pagi ini, dengan Kemaman daerah paling teruk terjejas dengan 19,405 mangsa daripada 4,607 keluarga.

Daerah Kemaman kini antara kawasan paling teruk dilanda banjir sehingga menyebabkan rumah penduduk di Bandar Baru Bukit Mentok ditenggelami air sehingga paras bumbung setakat Rabu.

Sejumlah 5,022 mangsa di Dungun dipindahkan ke 33 pusat pemindahan, diikuti Kuala Terengganu (3,203/14 pusat), Hulu Terengganu (640/11 pusat), Besut (562/lapan pusat), Marang (115/dua pusat) dan Setiu (44/tiga pusat).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di Pahang yang membabitkan lapan daerah bertambah 8,372 orang kepada 24,316 orang pagi ini berbanding 15,944 orang daripada 4,015 keluarga malam Rabu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Kuantan masih merekodkan jumlah pemindahan paling banyak iaitu 14,350 mangsa melibatkan 4,119 keluarga di 44 pusat pemindahan.

Di Maran, 2,744 mangsa ditempatkan di 17 pusat pemindahan diikuti Jerantut (2,478/34 pusat), Lipis (2,319/26 pusat), Pekan (1,402/18 pusat), Temerloh (649/15 pusat), Rompin (265/empat pusat) dan Bera (109/empat pusat).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tiga daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Perak Tengah meningkat kepada 4,335 orang daripada 1,079 keluarga.

Jeti Awam Tasik Banding yang dalam proses ubahsuai ditenggelami air hingga ke paras bumbung akibat peningkatan paras air sungai di Empangan Temenggor di Banding. 

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak, kawasan Perak Tengah menjadi lokasi terbaharu dilanda banjir selepas dinaiki air petang semalam dan enam lagi pusat pemindahan banjir di Bota dan Kampung Gajah dibuka Khamis.

Daerah Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput mencatat bilangan tertinggi mangsa banjir setakat ini iaitu 2,767 orang daripada 659 keluarga dan 23 pusat pemindahan masih dibuka.

Hulu Perak yang melibatkan kawasan Lenggong pula mencatat 615 mangsa manakala Perak Tengah menyaksikan 953 mangsa pagi ini.

Di PERLIS, keadaan banjir di utara Perlis masih bertahan namun jumlah yang dipindahkan meningkat berbanding malam Rabu.

Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (depan) berkenan berbasikal meredah kawasan banjir bagi melihat sendiri keadaan banjiryang melanda Perlis ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Belukar dekat sini, semalam. Tuanku turut berkenan melawat mangsa banjir di tiga pusat pemindahan dalam kawasan Padang Besar iaitu Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Dewan Seri Malau dan Dewan Beseri Dalam.

Bilik Operasi Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis melaporkan sebanyak 265 mangsa daripada 81 keluarga yang dipindahkan setakat 9 pagi ini berbanding 253 mangsa daripada 71 keluarga malam Rabu.

Mereka kini berada di lima pusat pemindahan iaitu Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Dewan Malau, Dewan Beseri Dalam dan Dewan Seri Pilihan.

Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , Hulu Perak , pusat pemindahan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan