Perintah Berkurung Esszone Dilanjut Hingga 9 Januari

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di pantai timur Sabah yang berkuat kuasa sejak 19 Julai lalu dilanjutkan sehingga 9 Januari depan, kata Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata lanjutan perintah berkurung di kawasan perairan Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau daerah masih diperlukan untuk memastikan keselamatan seluruh rakyat di daerah-daerah pantai timur negeri itu.

Menurut Jalaluddin, perintah berkurung dari pukul 7 petang sehingga 5 pagi telah dikuatkuasakan di bawah kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya Polis negeri dan Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 31(4) Akta Polis 1967 berikutan tamat tempoh perintah berkurung selama 15 hari pada Rabu.

Beliau berkata, perintah berkurung itu perlu bagi memastikan penguatkuasaan lebih meluas terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti penyeludupan melibatkan manusia, senjata dan barang-barang dari kedua-dua belah sempadan Sabah dengan Filipina dan Indonesia.

"Ini juga akan memastikan keselamatan pelancong di pusat-pusat peranginan, nelayan dan juga orang awam di kawasan Esszone (Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, nelayan boleh mendapatkan permit untuk melakukan aktiviti harian mereka dari polis daerah masing-masing di Esszone.

Perintah berkurung itu dibuat berikutan serangan ke atas unit polis marin di Pulau Mabul pada 12 Julai lalu apabila Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, ditembak mati dan Konstabel Zakiah Aleip, 26, diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata di Mabul Bungalows Air Resort.

Ia merupakan kejadian keempat melibatkan penculik rentas sempadan yang menawan seramai lima orang dari perairan Sabah tahun ini.

Empat mangsa penculikan telah diselamatkan manakala Zakiah masih ditawan oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf di Jolo.

Pada 2 April lalu, pelancong warga China, Gao Huayun, 29, dan pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singamata Reef Resort berhampiran Semporna dan hanya lebih sebulan selepas itu pada 6 Mei, warga China, Yang Zailin, 34, pula diculik dari ladang ternakan ikan yang diuruskan beliau di Pulau Baik di Lahad Datu.

Pada 16 Jun lalu, kumpulan lelaki bersenjata sekali lagi menceroboh di ladang ternakan ikan di Kampung Sapang di Kunak dan menculik pengurusnya Chan Sai Chuin, 32.

Gao dan Dayawan telah dibebaskan oleh kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang menculik mereka pada 30 Mei lalu manakala Yang dibebaskan pada 9 Julai lalu. Chan pula bebaskan pada 10 Disember lalu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan