Pelihara Cara Hidup Daripada Serangan Pelampau Agama - Joseph Kurup

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 9:40 PM

Joseph Kurup.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang anggota Kabinet hari ini menyeru rakyat supaya mencontohi "kesederhanaan dalam beragama" yang menjadi amalan rakyat Sabah dan Sarawak bagi melindungi cara hidup rakyat Malaysia daripada menjadi mangsa serangan pelampau agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata rakyat perlu dipandu oleh sikap bertanggungjawab dan menghormati perkara yang betul.
 "
Ini akan menjamin negara kita membangun secara aman. Saya sangat yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia - majoriti senyap - sentiasa bersikap terbuka dan bertolak ansur tentang isu berkaitan agama dan bangsa masing-masing serta amat menghormati amalan dan kepercayaan orang lain," kata Kurup dalam perutusan sambutan Krismasnya.

Anggota Parlimen Pensiangan itu berkata tindakan kumpulan pembela hak orang Melayu, Perkasa, dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) baru-baru ini adalah bercanggah dengan nilai utama yang menjadi asas pembentukan negara ini.

"Kita tidak boleh sekali-kali membiarkan dengan begitu sahaja apa yang disuarakan dan dilakukan puak pelampau. Masanya sudah bagi kita - kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat - untuk melaksanakan tanggungjawab kita dalam memastikan kita tidak membantu mereka untuk berkembang," katanya. 

Kurup berkata penolakan terhadap sikap tidak bertolak ansur dan perbuatan menghasut agar keganasan dilakukan atas nama agama adalah asas penting dalam usaha memelihara perpaduan yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.

"Kita wajib pastikan golongan berfikiran taksub ini tidak mendapat tempat yang selesa di negara tercinta ini," katanya sambil menjelaskan bahawa majoriti senyap golongan sederhana perlu bangun dan bersuara untuk menentang pelampau agama serta mereka yang taksub terhadap kaum masing-masing di negara ini agar sentimen kebencian tidak mempunyai tapak untuk berkembang.

Kurup berkata beliau dan isteri mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyampaikan ucapan 'Selamat Hari Krismas' kepada mereka.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghargai dan sentiasa memelihara keaslian tradisi Malaysia ini. Janganlah sekali-kali membiarkan golongan yang taksub dalam beragama merosakkan cara hidup kita," katanya.

Tags / Kata Kunci: pelampau agama , Joseph Kurup

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan