Kit Siang Ugut Boikot Mesyuarat Pakatan Rakyat Jika PAS Teruskan Hudud

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 5:15 PM

Lim Kit Siang

Lim Kit Siang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengugut akan memboikot mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat sekiranya PAS ingin meneruskan agenda untuk pelaksanaan hudud di Kelantan. 

"Jika mesyuarat tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mahu meneruskan cadangan pelaksanaan hudud, dan Jawatankuasa PAS pusat tidak mengambil tahu bila ia akan diadakan. Saya melihat tidak ada kepentingan untuk saya menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden pada masa akan datang, saya akan menyerahkannya kepada parti untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam entri terbaru yang dimuat naik di blognya pada Rabu. 

Lim berkata sekiranya PAS bersetuju untuk melaksanakan hudud pada sidang DUN tergempar pada 29 Disember ini, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat 'tidak boleh membuat pusingan 'u'. 

Lim turut menyatakan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang dilaporkan berkata "PAS seharusnya membincangkan pelaksanaan hudud dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden kerana hudud bukan polisi bersama yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat. 

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob telah menolak dakwaan bahawa sidang DUN tergempar negeri itu telah ditangguhkan ekoran masalah banjir yang semakin kritikal di negeri itu. 


"Kita akan tetap teruskan sidang DUN tergempar berkenaan kerana situasi banjir masih terkawal. Adalah tidak benar sidang DUN tergempar itu telah ditangguhkan," katanya. 

Sidang DUN tergempar berkenaan akan membincangkan mengenai pindaan Kod Jenayah Syariah II 1993, jika diluluskan ia akan dimasukkan bersama dengan rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat. 

Lim turut mempertikaikan tindakan PAS yang enggan membincangkan isu tersebut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden dan tindakan melaksanakan hudud di Kelantan menunjukkan parti itu telah memungkiri janji mereka untuk kekal melaksanakan kerangka kerja bersama yang dipersetujui sebelum ini. 

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden yang diadakan pada 28 September 2011, memutuskan sebarang isu baharu mengenai hudud akan hanya menjadi sebahagian daripada polisi bersama Pakatan Rakyat sekiranya ia dipersetujui oleh semua ahlinya. 

Beliau turut menegaskan pendirian DAP dalam isu pelaksanaan hudud dan Lim turut mempertikaikan bahawa tindakan PAS itu mungkin akan menyebabkan wujudnya kerajaan campuran di Kelantan dan peluang semakin tipis untuk mereka merampas kerajaan Pusat. 

"Pemimpin DAP telah bersetuju untuk tidak menyokong pemimpin PAS dalam isu hudud kerana kami percaya kami juga dalam landasan yang sama menuntut keadilan, kebebasan, demokrasi, urus tadbir yang baik, bebas rasuah di negara Malaysia.

"Kami percaya kami adalah pemimpin politik yang jujur serta tidak akan menipu pengundi yang memilih calon Pakatan Rakyat dengan mengamalkan sikap kepura-puraan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lim Kit Siang , DAP. hudud , Kelantan , PAS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan