Trafik Sesak Di Beberapa Kawasan Termasuk Terowong Menora & Nilai

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan mengalami kesesakan di beberapa kawasan terutama di dua lokasi kemalangan di Perak dan Negeri Sembilan setakat 4 petang Selasa.

Jurucakap Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berkata trafik agak perlahan di kawasan kemalangan di Km 256.2 arah utara dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar dan di Km 282.6 dari Nilai menghala ke ibu negara. 
 
"Kemalangan membabitkan sebuah kereta di Terowong Menora itu dan kerosakan sebuah bas di Nilai mengakibatkan kesesakan di sekitar kemalangan itu berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kawasan lain yang turut mengalami kesesakan termasuk Subang ke Damansara, dari Tol Sungai Besi menghala ibu negara dan dari Tambak Johor ke Singapura. 

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi akaun twitternya melaporkan aliran trafik turut perlahan di Kerinchi Link menghala ke Lebuhraya Persekutuan dan dari Kelana Jaya ke Taman Megah dan Bandar Utama ke Taman Tun Dr. Ismail. 

Orang ramai boleh mendapat maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta www.twitter.com/llminfotrafik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan