17 Anggota Pasukan Perubatan Terkandas Dibawa Keluar Dengan Helikopter

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 10:08 PM

Jalan Air Putih-Chukai di Kampung Tebak, Air Putih hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat selepas air Sungai Kemaman melimpah dan mengakibatkan banjir di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tujuh belas anggota Pasukan Perubatan Bergerak yang terkandas di kawasan pedalaman di Seberang Tayor dalam kawasan DUN Air Putih di sini sejak semalam akibat terputus hubungan darat, selamat dibawa keluar dengan bantuan helikopter petang Selasa. 

Operasi yang memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit dilakukan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkalan di Kuantan, Pahang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setelah mendapat panggilan kecemasan semalam, pihaknya meminta khidmat helikopter TUDM Kuantan pada hari ini bagi tujuan menyelamat.
 
"Tempat itu agak pedalaman di mana pusat pemindahan itu berada di atas bukit. Nasib baik kita telah bersedia sebelum ini bagi menghadapi banjir kali ini kerana kawasan itu merupakan satu daripada tiga kawasan pendaratan helikopter.
 
"Oleh kerana ia di atas bukit dan ditambah dengan cuaca tidak mengizinkan waktu sekarang ini, kita terpaksa tunggu pada sebelah petang tadi. Kita bersyukur kerana sentiasa dapat berhubung dan tiada gangguan komunikasi sepanjang pasukan itu terkandas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini yang turut disertai Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Semasa lawatan tersebut, Ahmad Shabery dan Shahrizat meluangkan masa beramah mesra serta meninjau keadaan di pusat berkenaan yang kini menempatkan 1,180 orang.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Bencana Daerah Kemaman Azizi Azran Abdullah ketika dihubungi berkata pihak TUDM berulang-alik sebanyak dua kali ke tempat kejadian bagi mengambil anggota pasukan yang terkandas itu.

Menurutnya operasi menyelamat bermula pukul 5.11 petang dan berakhir pada 6.26 petang dan helikopter itu mendarat di Padang Astaka Cukai Kemaman di sini.
 
"Mereka (Pegawai Perubatan) masuk ke kawasan Kampung Batu 14 berdekatan Seberang Tayor dekat sini pada pagi semalam sebenarnya untuk membuat pemeriksaan rutin di pusat pemindahan kawasan itu dengan menaiki trak tentera.
 
"Namun ketika hendak pulang selepas selesai tugas pada pukul 9 malam, seorang pegawai perubatan telah menelefon meminta bantuan pasukan keselamatan membawa mereka keluar apabila air banjir mula menenggelamkan semua jalan utama," katanya.
Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , terkandas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan