Perkhidmatan Tren KTM Pantai Timur Masih Belum Boleh Beroperasi

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 9:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) di laluan Pantai Timur yang dibatalkan sejak semalam ekoran banjir dan tanah runtuh di antara laluan Dabong-Kuala Krai di Kelantan masih belum boleh beroperasi.

Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Siti Badariah Wan Hanafi berkata pihaknya menjangkakan pembatalan perkhidmatan tren berlanjutan sehingga Jumaat ini.
 
"Bagaimanapun, apa-apa perkembangan dan status terkini sama ada perkhidmatan boleh beroperasi semula atau tidak akan dimaklumkan kelak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Siti Badariah berkata perkhidmatan tren yang mengalami gangguan ialah Woodlands ke Tumpat, Tumpat ke Woodlands, KL Sentral ke Tumpat dan Tumpat ke KL Sentral.

Selain itu katanya, perkhidmatan tren 'shuttle' melibatkan laluan Gua Musang ke Tumpat dan Tumpat ke Gua Musang juga masih dibatalkan.

Beliau berkata para penumpang boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan ataupun menukar tarikh perjalanan.
Tags / Kata Kunci: perkhidmatan tren KTM , pantai timur

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan