RM15 Bilion Naik Taraf Hospital Seluruh Negara

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 2:38 PM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Kerajaan telah memperuntuk RM1.5 bilion bagi membina dan menaik taraf hospital dan fasiliti kesihatan di seluruh negara tahun depan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ia termasuk menaik taraf hospital lama serta membina hospital baharu.

"Ini termasuk pembinaan Hospital Pasir Gudang yang kini dalam proses mengenal pasti tapak serta menaik taraf beberapa hospital di Johor," kata beliau kepada pemberita semasa melawat Klinik Desa Palong Timur, Batu Anam di sini, Selasa.

Dr Subramaniam berkata bangunan baharu di Hospital Pulau Pinang juga akan dibina untuk menggantikan wad kanak-kanak dan wanita.

"Bangunan itu sudah berusia 125 tahun dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati struktur bangunannya ada yang retak di beberapa tempat.

"Jadi JKR telah memberitahu, hospital itu tidak boleh digunakan. Kalau boleh, kementerian mahu cuba memulihara bangunan itu memandangkan ianya adalah hospital paling tua dalam negara dan penuh dengan warisan," kata beliau.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengumumkan penaiktarafan Klinik Desa Felda Palong Timur kepada Klinik Kesihatan Jenis 5.

Kerja menaik taraf yang akan menelan belanja RM20 juta itu bakal bermula tahun hadapan dan dijangka siap awal tahun 2016, katanya yang juga Anggota Parlimen Segamat.

Peningkatan fasiliti klinik kesihatan itu bakal memberi faedah kepada 2,000 keluarga di tanah rancangan tersebut dan beberapa kampung sekitar, yang sebelum ini penduduknya terpaksa mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk ke Pekan Segamat bagi mendapat rawatan kecemasan dan rawatan susulan untuk penyakit kronik.

Pada masa ini klinik desa itu hanya menyediakan rawatan biasa kepada ibu dan kanak-kanak.

Klinik Kesihatan Jenis 5 itu bakal mempunyai 26 unit kuarters pekerja serta menyediakan perkhidmatan ambulans dan rawatan kecemasan serta pesakit luar.

Dr Subramaniam turut melawat Poliklinik Segamat dan Hospital Segamat. 


Tags / Kata Kunci: Kementerian Kesihatan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan