Hudud: Kenyataan Teng Bersifat Peribadi - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan anggota Exco negeri daripada DAP, Datuk Teng Chang Kim bahawa PAS harus meninggalkan Pakatan Rakyat jika gagal menunaikan janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, merupakan pendapat peribadinya.

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kenyataan Teng tidak menggambarkan pendirian Pakatan Rakyat berhubung undang-undang Islam sambil menambah sebarang cadangan atau pendapat mengenai hudud akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

"Kebiasaannya, perkara ini (Hudud) hanya akan diputuskan selepas mendapat konsensus daripada semua komponen parti dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Zon Bersih Mini anjuran Majlis Bandar Raya Shah Alam di sini, Isnin malam.

Teng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang melalui laman Facebooknya semasa mengulas desakan PAS melaksanakan hudud di Kelantan berkata, "sekiranya kamu tidak dapat berpegang kepada janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud semasa bersama Pakatan Rakyat, lebih baik keluar."

Tags / Kata Kunci: Hudud , Selangor , DAP , PAS , PKR

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan