Pengguna Lebuh Raya Diminta Rancang Perjalanan Sempena Musim Perayaan - Plus - Berita Semasa | mStar

Pengguna Lebuh Raya Diminta Rancang Perjalanan Sempena Musim Perayaan - Plus

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 12:47 PM

Perjalanan yang dirancang dapat mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya menjelang musim perayaan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan sempena perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2015, berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Mohammad Fuad Khusairi berkata, PLUS menjangka jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat 15 peratus iaitu 1.5 juta sehari, menjelang musim perayaan itu berbanding 1.3 juta pada hari biasa.

Beliau berkata, TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama bertujuan mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.

"Plus menjangka orang ramai di Lembah Klang mula bergerak keluar pada 19 Disember sehingga 4 Jan. Justeru itu, PLUS menasihatkan orang ramai yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan antara pukul 6 pagi hingga 11 pagi," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Pengguna yang menuju ke destinasi Taiping, Kuala Kangsar, Gerik, Jasin dan Bandaraya Melaka dinasihatkan memasuki lebuh raya di antara pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Sehubungan itu, PLUS menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik

Tags / Kata Kunci: Plus , lebuh raya , TTA , musim perayaan
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan