BNM Lulus Permohonan Pinjaman Penyambungan MAHB

Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 10:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan permohonan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi kemudahan pinjaman penyambung bagi cadangan pengambil alihan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen dan syarikat pengurusannya.

"Bagaimanapun, MAHB dikehendaki memaklumkan BNM pada tarikh penggunaan  bagi pinjaman sebanyak 285 juta euro itu," kata MAHB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin.     

Kelulusan ini juga akan menjadi tidak sah jika pinjaman itu digunakan bagi tujuan lain, selain daripada untuk memperoleh baki 40 peratus ekuiti dalam lapangan terbang itu dan LGM Havalimani Isletmeleri Ticaret ve Turizm, yang menguruskan operasi komersialnya, daripada pembina Turki Limak Holdings AS.     

MAHB berkata syarikat perlu mendapatkan kelulusan BNM sebelum membuat pembayaran balik pinjaman itu.     

"Syarat-syarat lain termasuk MAHB perlu mendapatkan kelulusan BNM bagi sebarang pindaan kepada maklumat jaminan kewangan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum pindaan itu dibuat.     

"MAHB perlu juga memberitahu BNM apabila jaminan kewangan dipanggil dengan melengkapkan Borang C dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh jaminan kewangan diminta," katanya.     

Pengendali lapangan terbang itu juga berkata Sekretariat Bahagian Industri Pertahanan Turki telah meluluskan pemindahan saham pengambil alihan daripada penjual kepada unitnya Malaysia Airports Cities Sdn Bhd di bawah perjanjian itu.

Tags / Kata Kunci: MAHB , BNM

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan